Kerjaya
Kisah Senyuman
Perkongsian dari pakar pergigian kami

Dr Maslina
"Saya berpeluang menjadi sebahagian daripada keluarga Klinik Pergigian Impian Melaka Sentral selama lebih 10 tahun, dan ia merupakan satu pengalaman yang sangat bermakna dalam hidup saya. Sepanjang tempoh ini, saya bukan sahaja berkembang dari segi profesional, malah banyak belajar tentang nilai kerja berpasukan, keprihatinan terhadap pesakit, dan kepentingan perkhidmatan berkualiti tinggi dalam bidang pergigian. Pasukan di sini sangat berdedikasi dan sentiasa menyokong antara satu sama lain. Suasana kerja yang positif dan pengurusan yang prihatin menjadikan klinik ini bukan sekadar tempat kerja, tetapi juga tempat saya membina hubungan yang erat dan penuh makna. Saya amat berbangga dapat menyumbang kepada klinik ini dan menyaksikan sendiri perkembangan serta kepercayaan pesakit yang semakin meningkat dari tahun ke tahun."

Dr Amar Afbiat
"Working with Impian Dental for the past seven years has truly been life-changing. Moving from Kuala Lumpur to Melaka wasn’t easy. I was far from home and in a new environment. But Impian quickly became my second home. It helped shape me into not just a better dentist, but a stronger and more independent person. I’ve grown professionally too, gaining the confidence to handle more complex treatments. Some of my best memories come from time spent with my colleagues and staff, both in and out of the clinic. The laughter, the bond, and the genuine care we share reflect what Impian Dental is all about. What sets this company apart is the leadership. Our bosses don’t just lead, they nurture. They’ve treated us like family, and that kind of warmth is rare. I’m truly grateful to my bosses for their belief and support, and to my colleagues and staff for making this journey so special. Here’s to more years of serving smiles, together."

Dr Saidatul
"Saya rasa seronok kerja di Impian kerana suasana kerja yang harmoni dan staff-staff yang teramat lah sporting . Selain itu, bos saya kedua duanya juga baik hati dan pemurah kerana selalu belanja kami makan dan macam-macam lagi. Dr zahar pula banyak beri saya tunjuk ajar untuk semua jenis rawatan pergigian especially braces, MOS dan banyak lagi. Terima kasihh boss beri saya peluang kerja di Impian! :)"

Dr Faizzul Iman
"Saya dah bekerja di Klinik Impian lebih kurang 4 tahun dan sepanjang masa tu, saya rasa sangat bersyukur jadi sebahagian daripada team ni. Suasana kerja memang selesa, tak stress dan yang paling penting, semua staff saling support antara satu sama lain. Waktu kerja pun teratur dan sangat fleksibel bila nak urus cuti, senang nak bincang kalau ada hal keluarga atau urusan lain. Banyak juga peluang untuk belajar dan improve skill, sebab bos sentiasa galakkan kami untuk berkembang. Apa-apa pun mudah nak bincang dengan bos, sangat memahami dan tak pernah buat kami rasa tertekan. Yang paling saya suka, saya rasa dihargai kat tempat ni. Rasa seronok nak datang kerja setiap hari, dan itu bukan sesuatu yang semua tempat kerja boleh bagi. Saya memang recommend tempat ni untuk siapa yang nak cari environment kerja yang positif dan membina."

Dr Syahira Amira
"Saya mula kerja dekat Klinik Impian sejak Julai 2021. Suasana kerja sangat selesa dan tak stress. Team semua supportive, tiada drama atau toksik. Waktu kerja pun teratur, senang nak urus cuti bila perlu. Kat sini banyak peluang untuk belajar dan asah skill. Bos pun sangat memahami dan senang nak bincang apa-apa. Setiap hari datang kerja rasa dihargai dan seronok, macam kerja dengan family sendiri."

Dr Maimunah
"Dah 3 tahun saya kerja di Impian. Dr zakiah & Dr Zahar bos yg sangat baik, pemurah dan jaga kebajikan staff. Pasukan kerja dari Dr dan staff semuanya baik serta boleh bekerjasama dengan baik untuk pesakit dan klinik. Bos dan doktor-doktr semuanya berbakat serta mahir klinikal skill. Mudah nak minta tunjuk ajar, bimbingan dan bertukar tips untuk merawat pesakit. Kawasan klinik, staff sokongan, peralatan klinik semuanya cukup lengkap dan yang terkini. Nak minta cuti pun senang. Best lah keje sini "

Dr Rahmatullah
"Dah 4 tahun saya bertugas di sini. Klinik ni memang tumpuan utama untuk braces.Diajar sendiri oleh Dr Zahar untuk rawatan braces adalah sangat berharga kerana pengalaman beliau yang sangat luas dalam bidang orthodontik.Di sini jugak ada senior officer yang sangat berkemahiran tinggi dari segi aestetik, surgery, braces dan lain-lain rawatan di mana senang untuk saya approach dan belajar. Dr Zahar dan Dr Zakiah sebagai bos klinikal dan pengurusan sangat la sporting dan sedia beri tunjuk ajar. Gaji tak pernah miss. Overall A plus!"

Dr Hamizah
"Sepanjang 3 tahun berkhidmat dengan Impian Dental macam-macam pengalaman yang amat berharga diperoleh. Mempunyai boss dan rakan sekerja yg supportive adalah satu nikmat yang disyukuri. Sikap boss yang bertiimbang rasa, pemurah, mengambil berat dan selalu membimbing dan mengajar membuatkan saya sentiasa mahu menjadi lebih baik. Tambahan pula, setiap bulan akan diadakan CDE, di mana ilmu-ilmu baru & clinical skill dapat dipertambahbaikkan. Kesimpulannya, saya amat bersyukur dan gembira dapat bekerja di bawah Impian Dental."

Dr Hazzim
"Walaupun saya baru kerja selama 9 bulan di Impian, boleh kata banyak benda baru yang saya belajar. Sebab klinik sebelum ni, team dia tak sebesar group Impian. Macam shock sikit tiba-tiba ramai kerja sekali. Suasana dia boleh kata selesa. Dan bila kerja sesama doktor & staff pun taklah stress pun. Sebab masing-masing supportive, well trained + behave semua. Tak susahlah nak masuk dengan team sini. Cuti pun senang semuanya online dan banyak pula tu siap extra setiap bulan walaupun saya jenis tak reti sangat plan cutinya pun. Saya banyak belajar bab braces dari doktor-doktor lain especially Bos Zahar & sifu yang lain. Saya juga berpeluang untuk try benda yang baru advance dengan adanya tunjuk ajar & galakkan dari semua. Big boss dan ladyboss sangat memahami, senang ajak berbincang, sentiasa ambil tahu hal-hal di bawah dan always keep on motivate untuk ke depan lagi dan tersangatlah pemurah."

Dr Fakhru Ridwan
"Klinik Pergigian Impian memberi peluang kepada saya untuk bekerja dalam satu pasukan yang suportif dalam suasana kerja yang kondusif. Di sini juga saya dapat berkongsi ilmu dengan rakan doktor yang lain melalui case discussion yang mampu meningkat kualiti kerja serta keyakinan diri Apa yang lebih istimewa adalah bimbingan daripada bos yang sangat berpengetahuan dan sentiasa memastikan kami mendapat latihan serta maklumat terkini untuk memberi rawatan terbaik kepada pesakit. Terima kasih kepada klinik ini kerana memberi peluang untuk berkembang dalam kerjaya saya."

Dr Norazianti
"Saya dah bertugas sebagai salah seorang doktor tetap di salah satu rangkaian klinik pergigian Impian Dental dah hampir 3 tahun. Banyak sangat kelebihan yang saya perolehi apabila menjadi sebahagian anggota Impian Dental. Selain suasana kerja yang selesa, keperluan asas sebagai seorang staf juga diberi dengan lengkap, saya dapati peluang untuk saya meningkatkan ilmu dan sklil klinikal juga tidak terbatas apabila sentiasa diberi peluang ke arah itu oleh majikan dan rakan-rakan sejawatan. Saya sangat bersyukur apabila Impian Dental juga tidak lupa untuk memberi penghargaan kepada anggotanya dalam apa juga situasi. Ini menaikkan semangat saya untuk terus memberi khidmat yg lebih baik di masa mendatang."

Dr Syafiq
"Saya sudah bekerja di Klinik Pergigian Impian selama lebih 3 tahun dan sepanjang tempoh itu saya rasa sangat selesa dan dihargai. Suasana kerja sangat tenang, team pun supportive dan saling bantu membantu. Waktu kerja juga teratur, memudahkan saya urus masa dengan keluarga. Kemudian, saya dapat banyak peluang untuk belajar dan perbaiki skil klinikal sebab di sini kita memang digalakkan untuk terus sentiasa berkembang. Dan yang paling saya hargai, bos sangat mudah berbincang dan faham keadaan staf. Setiap hari datang kerja pun rasa ringan hati dan seronok. Saya bersyukur jadi sebahagian daripada keluarga Impian."

Dr Amni Syazana
"Berkhidmat sebagai doktor gigi di Klinik Pergigian Impian selama lebih 2 tahun merupakan pengalaman yang sangat berharga!! Vibes kerja disini sangat bestDikelilingi team yang supportive & happening, serta boss yang banyak bagi tunjuk ajar. Setiap hari bukan saja kerja, tapi juga belajar & develop skill"

Dr Diyana
"Baru saja mula berkhidmat di Klinik Pergigian Impian Melaka Sentral, tapi banyak sangat ilmu dan pengalaman berharga yang saya dapat. Bos dan doktor-doktor senior memang tak lokek berkongsi ilmu. Setiap hari rasa macam belajar sesuatu yang baru. Colleague pula semua supportive dan tak kedekut idea, membuatkan suasana kerja jadi lebih selesa dan positif. Yang paling saya hargai, di sini memang ada ruang untuk berkembang sama ada dari segi kemahiran klinikal, komunikasi dengan pesakit, career growth atau perancangan kerjaya jangka panjang. Bukan saja dikelilingi team yang bukan saja profesional, tapi juga banyak menyokong antara satu sama lain."

Dr Rafiuddin
"Pengalaman saya bekerja dengan Klinik Pergigian Impian sudah selama 5 bulan, suasana bekerja di sini setakat ni amat positif, rakan-rakan sekerja dan staff so far sangat supportive dan friendly tak kira di branch mana satu, mudah untuk saya mintak tolong jika ada sebarang masalah, bos pun sangat terbuka dan helpful untuk mengajar terutama sekali dalam bahagian klinikal, semestinya banyak lagi room for improvement untuk saya belajar dan saya harap dapat terus lagi berkembang dari aspek karier sebagai doktor gigi di Klinik Pergigian Impian."

Dr Subalqish
"Bekerja di Klinik Pergigian Impian selama 2 bulan ini memberikan working experience yang
positif. Staf dan doktor2 sangat welcoming dan friendly. Boss sentiasa memberi tunjuk ajar
untuk memastikan kita dapat memberi rawatan yang terbaik kepada pesakit. Overall, it’s the
best team to work with"
Jawatan Tersedia
Management
Account Manager
Account Executive
Account Assistant
Human Resources Manager
Human Resources Executive
Human Resources Assistant
Administrative Executive
Administrative Assistant
Sales
Business Development Manager
Business Development Executive
Business Development Assistant
Sales Manager
Sales Executive
Sales Assistant
Customer Service Manager
Customer Service Executive
Customer Service Assistant
Marketing
Marketing Manager
Marketing Executive
Marketing Assistant
Social Media Manager
Social Media Executive
Digital Marketer
Content Creator
Operation
Operation Manager
Purchasing Executive
Operation Leader
Dentist
Dental Surgery Assistant (DSA)
Store Assistant
Logistics (Runner)
BERSEDIA? Sertai Kami Hari Ini!